Penguat (rangkaian)
Penguat (rangkaian)

Penguat (rangkaian)

Penguat atau Repeater adalah sebuah peranti yang mempunyai dua port penguat isyarat. Ia digunakan untuk memanjangkan sambungan rangkaian (kabel atau wayarles) yang melebihi dari had maksimum yang dibenarkan. Kekuatan isyarat akan semakin menyusut apabila ia melalui kabel yang panjang, sekiranya ia melebihi dari had yang dibenarkan kemungkinan isyarat tersebut akan terus menyusut dan hilang. Repeater akan menerima isyarat digital dari salah satu portnya kemudian menguatkan isyarat tersebut sebelum menghantar isyarat tersebut keluar.